AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 24, 2009

Eksklusif: PDO Di Saman Saiful RM2 Juta Kerana Cemari Maruah Dan Harga Diri, Soalnya Kenapa Beliau Tidak Berani Menyaman Hospital Pusrawi

Ramai yang mengutuk kami, seolah-olah kami takut dan akur dengan tindakan saman yang dibuat oleh mamat Saiful Bukhari Al-Liwati itu. Banyak benar jumlah saman beliau hingga mencecah RM2 juta. Soalnya disini, Saiful marah kononnya blog ini mendedahkan "pekong di dadanya" perihal penyakit yang beliau alami selepas membuat "sumpah laknat" terhadap Anwar Ibrahim dulu. Saiful berbangga kerana semua media arus perdana dan pihak-pihak tertentu "membantu" mempromosikan dirinya, hatta beliau mengemaskini blognya pun akan diwar-warkan oleh media. Pendek kata Saiful sudah menjadi begitu popular mengalahkan "Raja SMS" Mawi AF dulu. Mujurlah Saiful tidak masuk menyertai Akademi Fantasia. Jika tidak sudah pasti beliau akan menang sebagai peserta yang "tidak layak mendapat undi SMS". Apa hebatnya Saiful hingga tergamak menyaman dan meminta ganti rugi mencecah RM2 juta itu?. Benarkah itu "harga diri" Saiful?. Kononnya kami menfitnah beliau mengatakan bermacam-macam pada dirinya luar dan dalam. Masalahnya di sini, kami melaporkan demikian berdasarkan kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai termasuk ahli keluarga Saiful sendiri. Begitu juga sahabat-sahabat karib beliau semasa menuntut di Uniten dulu. Mereka inilah yang akan membantu media seperti kami untuk mendapatkan sumber maklumat. Justeru itu tidak timbul kami menfitnah atau sebagainya. Apakah perlu kami merujuk kepada Saiful sebelum menyiarkan laporan yang kami terima. Akta apa yang wajar kami gunakan untuk tujuan itu?. Sedangkan blog ini adalah "hak milik peribadi" dan tiada sekatan untuk kami mewar-warkan apa jua berita "panas" yang kami terima. Samalah juga dengan rancangan "melodi TV3", bezanya mereka melaporkan berita panas dan sensasi melibatkan kalangan artis -artis terkenal tanahair.

Maruah Saiful Sebenarnya Boleh Di Jual Beli

Maka itu, tidak menjadi kesalahan untuk kami mengeluarkan maklumat yang kami terima. Jika mahu dikatakan "fitnah", Saiful juga "menfitnah" Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat dirinya. Mana laporan polis yang dibuat oleh Anwar bahawa Saiful menfitnah beliau dulu. Adakah polis menyiasat atau dikapankan sahaja laporan tersebut. Maknanya Saiful lebih hebat dari Anwar. Siapa Saiful ini sebenarnya? Kenapa bila laporan mengatakan beliau sakit dibahagian anunya itu menyebabkan beliau melatah dan ingin menyaman kami. Walhal apa yang didedahkan itu hanyalah sebahagian daripada ceritanya sahaja. Jika benarlah maruah Saiful berharga RM2 juta, maka kami tidak hairan beliau sanggup menjual maruah yang sama untuk mendapatkan wang berjuta-juta ringgit termasuk mengatakan beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Bukankah ini menunjukkan bahawa beliau juga tergamak untuk menjual beli maruahnya itu. Menakut-nakutkan kami dengan tindakan saman adalah sesuatu yang tidak masuk akal jika beliau berbicara soal maruah. Saiful memang sudah tidak ada maruah bila "sanggup membiarkan dirinya diliwat" kemudian mencanangkan di media "Anwar memasukkan anunya ke dalam dubur beliau" ketika membuat akuan sumpah laknat dulu. Manusia seperti Saiful sebenarnya tidak layak berbicara soal maruah !

Jika Bermaruah, Sila Saman Hospital Pusrawi

Jika benar Saiful mengatakan tindakan menyaman kami kerana menjatuhkan maruahnya, maka beliau seharusnya turut menyaman Dr.Mohammad Osman dan Hospital Pusrawi sekarang kerana mendedahkan "laporan perubatan" dan menfitnah kononnya laporan itu mengatakan beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun. Jia bermaruah, kenapa Saiful tidak berani menyaman pihak terbabit termasuk media arus perdana yang mendedahkan maklumat tersebut. Bukankah ia dibaca dan didengari oleh seluruh rakyat Malaysia berbanding dengan blog ini yang hanya dilayari oleh orang-orang tertentu sahaja. Kenapa Saiful tidak berani menyaman Hospital Pusrawi?. Bukankah beliau megatakan dirinya diliwat dan pihak terbabit menafikannya, malah mengeluarkan bukti laporan perubatan secara sulit. Inilah yang lebih menjatuhkan maruah beliau sebenarnya, kerana ia berkaitan dengan kes yang sedang dicanangkan oleh beliau itu. Berbeza dengan laporan artikel blog ini yang hanya menceritakan perihal kesihatan beliau selepas membuat akuan sumpah laknat. Saiful menghilang dan kemudian muncul semula mengatakan dirinya sihat. Apakah bukti yang mengatakan beliau sihat sebenarnya?. Ke mana Saiful menghilangkan diri berbulan-bulan lamanya, kemudian muncul seketika dan hilang lagi?.

[Kesihatan akan baik jika kita berubat di sana sini. Malah sekarang ini banyak produk MLM yang hebat-hebat boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Tidak hairanlah bila rakan kita itu baik, kita dapat berjumpa dan bermesra dengan mereka. Kemudia selepas itu kita akan terkejut pula bila mendengar berita rakan kita itu menghembuskan nafas yang terakhir, walhal kita baru sahaja bersama mereka sebelum itu. Samalah dalam kes Saiful, kesihatan akan pulih dan baik bila diubati. Ini tidak bermakna seseorang itu tidak sakit. Ada orang yang sihat sejahtera tiba-tiba menderita kerana sakit. Ini semua adalah lumrah alam. Jika Saiful fikir kami melakukan fitnah terhadap dirinya, maka baliau juga harus membuat laporan polis dan menyaman Hospital Pusrawi. Jika kami disaman RM2 juta, eloklah Pusrawi disaman lebih dari itu. Bukankan ini memudahkan kerja Saiful kerana "Fitnah" Pusrawai dan Dr.Mohamad Osman adalah berkaitan dengan kes liwatnya. Sedangkan laporan panas di blog ini hanya berkaitan dengan penyakitnya sahaja dan ia tiada kaitan dengan perbicaraan yang bakal beliau hadapi Julai nanti. Mungkinkah kerana Saiful takut jika saman Pusrawi, maka bukti-bukti teknikal akan dikeluarkan. Beliau boleh menyaman PDO kerana amat pasti kami tidak mempunyai bukti teknikal, Tetapi ingatlah kenyataan pasti akan terhurai jua akhirnya. Justeru itu fikir-fikir dan timbang-timbangkanlah segalanya].

Sumber: pahangdaily.blogspot.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009