AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, April 18, 2009

Altantuya Scorpene Ready For Najib And Rosmah

CHERBOURG (PERANCIS), 23 Okt — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menuruni kapal selam pertama Malaysia selepas pelancaran dan penamaan kapal selam pertama “KD TUNKU ABDUL RAHMAN” di Limbungan DCN Dockyard di sini. Mengiringi beliau Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Duta Besar Malaysia Ke Perancis, Datuk S Thanaraja Singam dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali. Kapal selam yang dilancarkan hari ini dijangka akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada Januari 2009 dan dijadualkan tiba di negara enam bulan kemudian manakala kapal selam kedua iaitu KD Tun Razak dijangka diserahkan pada Okt 2009 dan tiba di negara pada Mac 2010. –fotoBERNAMA

Kapal Selam Scorpene pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman, yang diterima secara rasmi daripada pengarah projek Scopene di Toulon Perancis pada 24 Januari lalu, dijangka tiba di tanah air pada 25 Julai depan.

Berikut adalah pendedahan berkaitan dengan Scopene yang menyebabkan rakyat menyatakan Datuk Seri Najib tidak layak menjadi perdana menteri.

Dato’ Seri Najib dan isterinya juga tidak berani menyaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra yang telah berulang kali mendedahkan keterlibatan Najib dalam isu RASUAH BESAR urutan daripada pembelian kapal selam ini.

Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya.

Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac lalu disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Razak Baginda.

Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar.

Source: kerajaanrakyat.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009