UMNO tidak pernah berubah: Azizan
SUNGAI PETANI - Walaupun pemimpin UMNO melaungkan perubahan, namun perwakilan parti itu tetap memilih calon yang dikaitkan dengan politik wang, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak :Menurut beliau, kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu mengesahkan dakwaan tersebut walaupun Ahli Parlimen Rembau itu diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO, baru-baru ini. :“Lihat sahaja mereka yang terlibat dengan rasuah masih dipilih memegang jawatan di dalam UMNO. Bagaimana mahu memerangi rasuah jika mereka yang masih terlibat dipilih memimpin,” kata. :Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Pas bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di sini, semalam. :Menurutnya, kerusi Ketua Pemuda UMNO yang dimenangi Khari Jamaluddin menunjukkan bahawa pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih tebal di kalangan perwakilan. :“Ia terbukti bahawa UMNO sudah tidak mahu berubah kepada bersih dari rasuah,” katanya. :Pada majlis yang sama, Azizan berkata, calon Bebas yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau tidak akan dilantik secara automatik sebagai Exci Kerajaan Negeri. :"Sebaliknya calon berkenaan akan diteliti terlebih dahulu. Jika calon Pakatan Rakyat (PR) yang memenangi kerusi terbabit, beliau akan automatik memegang kerusi berkenaan," katanya.
Sumber Dari Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment