AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 3, 2009

SIDANG DUN TETAP BERJALAN - BIARPUN BAWAH POKOK?


Ini adalah bukti jelas UMNO sudah kehabisan modal dan secara jelas tidak berusaha untuk memberhentikan kerosakan terhadap institusi istana di Perak. Ini juga jelas menunjukkan bahawa keadaan yang amat gawat dimana demokrasi berparlimen sudah musnah. Jelas sekali Perak benar-benar menghadapi krisis perlembagaan sekaligus krisis kepercayaan terhadap instutusi istana.

Bagaimana boleh Setiausaha DUN membuat takrifan samada Sidang DUN itu sah atau tidak. Bagaimana boleh L.A atau penasihat undang-undang campur tangan hel ehwal DUN.

Malang sekali UMNO tidak faham prinsip-prinsip pembahagian kuasa - Doctrine of Separation of Powers yang merupakan tiang aras demokrasi. Lantaran UMNO/BN sememang sudah acapkali melanggar asas ini. Jika dahulu Mahathir pernah menguasai ketiga-tiga institusi ini, kini ia berlaku lagi.

Cuma kali ini ia agak berbeza tetapi sama. Lihatlah siapa menguasai Polis? Siapa mengawal tentera? Cuma setakat ini tentera masih bersih dari campurtangan legislatif biarpun sesekali berlaku. Kita berharap keamanan berterusan, kemuliaan institusi istana Perak dikembalikan.

Akhir sekali amat diharap UMNO kembali jadi anak jantan yang benar-benar ada kejantanannya. Bukan setakat menhunus keris dalam dewan sejuk diatas pentas.

Dengan ini mungkinkah Perak akan mencatat sejarah mengadakan sidah DUN di bawaqh pokok atau di Balairaya atau di mana-mana sesuai??

…………………………………………………………………

SIDANG DUN TETAP BERJALAN-SAH KATA SIVAKUMAR

“Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker,” katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.

Setiausaha DUN Perak itu juga berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Sivakumar sebaliknya menegaskan Abdullah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan beliau (Abdullah) adalah hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

“Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama,” katanya.

Sumber: selangortoday.wordpress.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009