Pengundi Bukit Selambau masih dalam mood perubahanMonday, 30 March 2009 • Kategori: Berita Utama, Kedah, Parlimen
PENGARAH Pilihanraya KeADILan Negeri Kedah , Johari Abdul berkata rakyat khususnya para pengundi di Dun Bukit Selambau masih berada dalam mood perubahan selepas pilihanraya umum pada 8 mac lalu dan kemenangan berturut-turut Pakatan rakyat pada dua pilihanraya kecil di parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
“Kita hanya perlu hidupkan semula jentera dan ketengahkan isu-isu yang masih panas untuk mengekalkan kemenangan pada pilihanraya kecil ini,”ujarnya ketika ditemui di Bilik Gerakan jentera Pilihanraya di Sungai Lalang.
Menurut beliau yang juga merupakan Ahli parlimen Sungai Petani, para petugas Pakatan Rakyat telah tiba ke kawasan itu sejak pertengahan bulan mac dan kebangkitan anak muda dapat dilihat di markas-markas Pakatan rakyat.
“Ini tunjukkan fenomena baru selepas perhimpunan Umno, rakyat bangun secara mendadak menyatakan rasa kurang senang dengan proses peralihan kuasa yang berlaku dalam Umno dan kerajaan,”katanya.
Katanya, tindakan pihak pemerintah menghalang ceramah pilihanraya diadakan di kawasan awam sebagai mencabar kebebasan bersuara dan demokrasi. Jelasnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan kini sedang dalam keadaan ketakutan dengan gelombang kebangkitan rakyat.
“Kita nak beritahu pemerintah, parti yang bertanding perlu sampaikan kepada pengundi apakah dokongan, manifesto dan halatuju parti untuk disebarkan kepada rakyat,”
“Bagaimana kita mahu menerangkan perkara ini kepada pengundi sekiranya kempen diterhad di tempat tertutup yang hanya boleh dihadiri beberapa orang, sedangkan ada lebih 34 ribu pengundi di luar sana?,”soalnya.
Menurut Johari, Ketua Polis Kedah yang mengeluarkan larangan itu seharusnya memberi kelonggaran untuk kempen tersebut diadakan di tempat awam bagi menghormati prinsip demokrasi pilihan raya.
“Bagi BN tidak ada masalah kerana media dikawal oleh mereka, tetapi bagi Pakatan Rakyat, bagaimana kita mahu sampaikan hasrat ini sedangkan permit penerbitan akhbar parti kita sendiri pun telah ditarik balik?,”soalnya..
Ujarnya, pilihanraya kecil N.25 Dun Bukit Selambau ini merupakan peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan kerana pada akhirnya rakyat yang akan menentukan siapakah calon yang layak mewakili mereka.
“Rakyat bukan bodoh, 50 tahun kita merdeka dan rakyat kini sudah bijak untuk menilai dan membuat keputusan,”katanya.
Dalam pada itu, Johari menyeru kepada pengundi Dun Bukit Selambau supaya membuat pilihan yang tepat tentang calon yang bakal mewakili mereka dengan memilih calon keADIlan, S.Manikumar.
“Pengundi di sini dihidangkan dengan calon yang baik, mempunyai perwatakan dan pendidikan yang baik. Yang paling penting beliau orang muda yang mempunyai tenaga untuk memberi khidmat kepada rakyat,”katanya.
Berhubung tindakan FRU yang mengasari orang ramai pada satu majlis yang turut dihadiri ketua Umum KeADILan pada 23 mac lalu, Johari berkata Polis bertindak demikian atas arahan dari peringkat atasan dan ia sebagai satu percubaan untuk menghalang hak rakyat.
Menurutnya, tindakan Polis itu adalah keterlaluan apabila menggunakan kekerasan sedangkan permit bagi mengadakan ceramah itu sudah diluluskan.
“Polis tidak menggunakan hemah. Adalah tidak benar laporan yang mengatakan ceramah itu tidak ada permit. Permit telah dapat dan pihak penganjur telah dimaklumkan,”katanya.
Sumber Dari Suara Keadilan Online
0 comments:
Post a Comment