Menurutnya, perbincangan mengenai status Elizabeth tidak dapat dilakukan ketika ini berikutan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) masih lagi berlangsung.
“Kita agak sibuk waktu ini dan saya memerlukan lebih masa untuk berjumpa beliau,” katanya memberitahu, Adun Bukit Lanjan itu ingin bertemu dengannya hari ini tetapi beliau mencadangkan pertemuan itu dilakukan hujung minggu ini.
Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas persidangan Dun berhenti rehat, tengah hari tadi.
Ketika menjawab pertanyaan kewajaran cuti Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) itu diambil lebih daripada sebulan, Abdul Khalid berkata, Elizabeth telah mendapat kebenaran daripada Speaker Dun, Teng Chang Kim, untuk tidak turut serta dalam persidangan kali ini.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan cuti Adun Bukit Lanjan itu telah tamat, tetapi kerajaan negeri masih belum memutuskan kedudukan Elizabeth dalam kerajaan negeri. – MURIZA ABDUL HAMID
Sumber: selangorkini.com.my
0 comments:
Post a Comment