Lagi pembaziran sedang berlaku di Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang
Saturday, 28 March 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Nasional, Parlimen, Perak, Politik, Selangor & Putrajaya, Video
BUKIT GANTANG 28 Mac (SK) : Sejumlah RM15 juta dijangka akan ‘hangus’ dibelanjakan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang kali ini.
Seperti yang diumumkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Chor Chee Heung berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM15.153 juta bagi penugasan operasi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu, perkara yang sama akan berlaku dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Chor berkata penugasan tersebut melibatkan pegawai polis daripada semua jabatan dan cawangan dalam PDRM seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan, Trafik, Unit Udara Polis dan Tugas Am.
Ia adalah kerana, kerja-kerja mendirikan khemah (kanopi) untuk penugasan polis secara besar-besaran sedang dilakukan serta merta di tanah lapang jalan ke Kuala Terong disini.
Rakyat akan melihat pembaziran hasil kerajaan dan keuntungan diraih oleh pihak-pihak tertentu yang berpihak kepada Umno di Bukit Gantang.
Pada pilihanraya kecil yang lalu, Pas menegaskan penugasan polis secara besar-besaran tidak perlu dalam pilihanraya itu kerana tidak ada apa-apa ketegangan luar biasa yang berlaku dan pilihanraya berlangsung dengan suasana aman dan tenteram
Sumber Dari Suara Keadilan Online
Arkib Blog
Monday, March 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment