SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yakin penyertaan semula bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam UMNO tidak akan menggugat mereka dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil 7 April ini. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kemasukan semula Dr Mahathir dalam UMNO sebenarnya memberi kelebihan kepada PR, kerana sikap beliau yang tidak tetap dengan pendiriannya selepas keluar dari parti itu. Beliau berkata, orang ramai akan menilai dan tahu sendiri mengenai pendiriannya, malah sebelum ini Mahathir begitu lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, lalu bertindak keluar daripada UMNO dan kini menyertai semula. “Mahathir bukan saja lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri, malah UMNO turut terkena tempiasnya, ini dapat dilihat dalam blog penulisannya menyatakan persidangan kali ini dicemari dengan amalan rasuah dalam pemilihan yang diadakan. “Kalau begini pendirian beliau boleh berubah dalam sekelip mata, ia menunjukkan Dr Mahathir tidak mempunyai pegangan tetap dalam apa diperkatakan sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mahathir yang mengesahkan akan menyertai UMNO selepas menghadiri hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagan:gan Dunia Putera (PWTC), kelmarin. :Dr Mahathir berkata, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai selepas beberapa perkembangan. :Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti itu. :Ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir mendakwa berbuat demikian kerana pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, Mahfuz berkata ini menggambarkan seseolah UMNO hanya bergantung kepada seorang individu sahaja untuk mengukuhkan parti mereka.
Sumber Dari Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment