AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, November 26, 2008

DR M: MASTERING ENGLISH WILL NOT ERODE IMPORTANCE OF BAHASA MALAYSIA

Membaca berita Yahoo! Malaysia http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20081125/tts-mahathir-english-993ba14.html membuatkan saya untuk mengulas pendapat saya yang mungkin dikongsi bersama oleh rakan-rakan sebaya dengan saya.

Sebenarnya, org yang paling rugi apabila sistem pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam English (di sini saya tidak menggunakan perkataan 'Bahasa Inggeris' bagi menggantikan 'English' atas sebab tertentu yang tidak dapat saya olahkan lebih lanjut) adalah orang Melayu sendiri.

Kita lihat berapa banyak sekolah kebangsaan yang berada di luar bandar dan berapa banyak lagi sekolah di bandar yang kebanyakkan orang Melayu nya memang sudah berlidah cheese dan tak reti makan belacan mahupun cencalok.

Nisbah nya adalah melebihi 9:1. Setiap pelajar Melayu yang berjaya dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, ada sembilan (9) lagi yang tak berjaya, atau cukup-cukup makan saja. Walhal sekiranya 2 mata pelajaran ini diajar dalam Bahasa Melayu, dari 9 orang pelajar Melayu tersebut mungkin 4 di antaranya akan mendapat keputusan yang amat membanggakan.

Adalah lebih sukar belajar Sains & Matematik dalam English dari belajar mata pelajaran English itu sendiri. Pendapat saya, lebih baik mata pelajaran senaman dan geografi didahulukan dahulu dengan menggunakan English. Ia lebih mudah dan mesra pelajar. :)

1 comments:

Linda yuonne nicole on October 27, 2016 at 4:06 PM said...

I was curious if you ever considered changing the layout of your site? Its very well written; I love what you’ve got to say. But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with it better.You’ve got an awful lot of text for only having one or 2 pictures. Maybe you could space it out better? | nama obat | perontok | pemerah | salep | penggemuk

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009