AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, February 24, 2012

Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal


PKR menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba melepaskan diri terhadap insiden serangan terhadap ceramah Pakatan Rakyat dan kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Sembrong Ahad lalu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, penafian Hishammuddin yang juga anggota parlimen Sembrong bahawa tempat kejadian tidak terletak di kawasannya merupakan alasan yang sangat naif.

“Dia bolehlah gunakan alasan sempadan polis atau sempadan pilihan raya untuk melepaskan diri. Tetapi isunya yang sebenar, bagaimana cara Umno menghadapi rakyat dengan mengupah samseng untuk mengacau dan mengganggu,” katanya.

Hishammuddin, semalam menafikan dakwaan serangan ke atas ahli PKR di Batu 4 Jalan Mersing oleh kira-kira 100 orang yang didakwa diupah Umno pada hari minggu lalu berlaku dalam kawasan parlimennya.

Beliau bagaimanapun berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ketika dihubungi Malaysiakini, petang semalam, Saifuddin berkata, menteri dalam negeri patut menggesa polis melengkap siasatannya segera kerana kes itu yang didakwa straight forward atau mudah.

“Tak perlu ambil masa berbulan-bulan untuk kenal pasti (suspek). Orang kampung sendiri kenal siapa terlibat. Apa yang susah sangat. Saya rasa seminggu sahaja boleh selesai. Paling lama pun dua minggu,” katanya.

Pada serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, PKR juga mendakwa seorang cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik, lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009