Polis diingatkan supaya tidak mengulangi insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kecederaan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim.
Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss (bawah) merujuk kepada kenyataan polis Perak kelmarin bahawa mahasiswa tercedera bukan akibat terlanggar pintu kaca sebuah klinik dan bukannya akibat kekerasan pasukan keselamatan.
"Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri. Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri," katanya.
"Kami berharap pihak polis jangan mengulangi insiden yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencederakan perbuatannya sendiri dan akhirnya apabila
terbongkar barulah rakyat sedar sebenarnya perbuatan pihak polis sendiri."
Dalam perhimpunan Ahad lalu, mahasiswa yang tercedera Muhammad Safwan Anang mendakwa beliau dipukul anggota polis sehingga terpaksa dikejarkan dan bermalam di hospital.
Dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang salinannya diberikan pada media, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya berharap tiada unsur ‘menipu’ dalam insiden di hari tahun baru itu.
Pemuda PAS juga mendesak agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan ekoran penafian polis tersebut dan meminta agar Suruhanjaya Asasi Manusia (SUHAKAM) turut dilibatkan di dalamnya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijadual akan membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur awal petang ini.
Sumber: Malaysiakini

0 comments:
Post a Comment