AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, January 3, 2012

Bekas sarjan TUDM mohon campur tangan Agong


Seorang sarjan tentera yang telah bersara bercadang untuk menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon campur tangan baginda untuk mendapatkan keadilan setelah mendakwa Jabatan Peguam Negara menolak 17 laporan polis yang dibuatnya ke atas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Faizzal Jinong Abdullah, 47, dan keluarganya telah menulis surat berkenaan dan dalam proses menyerahkannya kepada istana.

Pada Julai 2010, Malaysiakini melaporkan Faizzal mendakwa bahawa beberapa pegawai TUDM telah "menderanya" kerana mendedahkan penipuan yang melibatkan kecurian elektrik di kuarters di Kuching, di mana beliau ditempatkan.

Di rumahnya, sekarang di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Faizzal berkata Pejabat Peguam Negara memberi maklum balas kepada aduannya dalam surat bertarikh 22 Disember lalu, dengan menyatakan bahawa semua laporan polis itu "tidak berasas”.

"Saya hilang kepercayaan dalam sistem undang-undang negara ini, seolah-olah ini sebuah negara Islam yang tidak bertamadun dan tanpa undang-undang," katanya.

"Apa yang pasti sekarang ialah (sistem) undang-undang di Malaysia mengamalkan pilih kasih dan boleh dibeli atau dijual dengan wang dan kuasa untuk menafikan kita yang menjadi mangsa."

Surat jawapan berhubung laporan polis yang dibuatnya ditandatangani oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Tun Abd Majid Tun Hamzah yang berkata Pejabat Peguam Negara telah mengkaji laporan mengenai kes yang dikemukakan oleh Jabatan Undang-Undang Sarawak.

"... dan mendapati bahawa dakwaan-dakwaan tersebut, termasuk bahawa anda dan keluarga anda dianiaya, diancam dan diugut akan dicederakan pada 22 Dis, 2008, adalah tidak berasas," kata Tun Abd Majid.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009