AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, July 5, 2011

Undi Pos Hanya Relevan Ke Atas Petugas Di Luar Negara - MAFREL

SHAH ALAM 5 JULAI : Undi pos hanya wajib dipakai oleh anggota pasukan keselamatan yang bertugas di perbatasan atau di luar negara sahaja dan bukannya untuk semua peringkat tentera dan keluarga mereka, kata seorang aktivis masyarakat.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mencari alternatif lain untuk memastikan anggota keselamatan boleh membuang undi tanpa terikat kepada saluran undi pos.

"Mereka sepatutnya boleh mendaftar dan mengundi secara biasa. Undi pos ini hanya untuk mereka yang memenuhi krateria untuk undi pos, masalahnya sekarang ini SPR pukul rata, sama ada yang tidak berada di sempadan mahupun ahli keluarga mereka di kem pun dikategorikan sebagai undi pos," katanya.

Sistem undi pos digunapakai kepada anggota keselamatan seperti tentera, polis, pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), kakitangan awam dan rakyat Malaysia yang belajar dan bertugas di luar negara memilih wakil rakyat mereka secara pos.

SPR hari ini mendakwa sekiranya mereka ini tidak diberikan peluang mengundi secara pos, maka mereka akan dinafikan hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof itu mudah dipatahkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini, memerincikan kenapa sistem pilihan raya di Turki, telus dan adil.

Antaranya adalah tiada istilah undi pos di negara itu.

Anggota keselamatan dikehendaki mengundi ditempat mengundi dan rakyat yang berada diluar negara diberi tempoh sebulan untuk pulang mengundi.

Untuk tujuan itu, tempoh kempen pilihan raya akan diadakan selama dua bulan bagi memberi masa dan ruang kepada rakyatnya pulang melaksanakan tanggungjawab mereka.

Berbanding di negara ini, kempen pilihan raya hanya diberikan sembilan hari walaupun untuk pilihan raya sebesar pilihan raya umum.

Di Turki juga, setiap rakyat akan diberikan slip mengundi setelah membuang undi yang mustahil dapat dilaksanakan SPR ekoran daftar pengundi dicemari dengan senarai pengundi hantu dalam jumlah yang melampau.

Dalam pada itu Syed Ibrahim mengesa institusi bebas di negara ini, termasuk SPR memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan tanpa memihak kepada mana- mana parti politik.

Ia penting bagi mengelakkan imej SPR daripada terus tercalar dan tidak lagi dipercayai rakyat.

"Ianya ada kena- megena dengan tanggapan yang diberikan sendiri oleh institusi ini, pegawai-pegawainya itu perlu hadir dari kalangan yang dipercayai oleh masyarakat dan rakyat supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan amanah dalam keadaan tidak ada kepentigan lain selain memnuhi objektif ia ditubuhkan.

"Tanggapan ini sentiasa akan ada, orang akan kata mereka berpihak kepda kerajaan, sekirannya mereka melawan kerajaan, orang akan kata mereka berpihak kepada pembangkang," katanya lagi.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009