Arkib Blog

Saturday, July 2, 2011

PSM 6 ditangkap semula ikut EO selepas dibebaskan

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) sebaik mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi.

psm released in penang bersih 1 crowd waitingMenurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput A Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.

Menurut tweet PSM sebelum ini, mereka akan dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang ini.

psm released penang bersih psm treasurer sivarajanNamun, kata Siva (kiri) mereka ditangkap semula oleh anggota polis dari Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Hubungan komunis

Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).


Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

psm released in penang bersih 1Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini.

Kebanyakan aktivis hak asasi manusia menganggap Ordinan Darurat lebih kejam daripada ISA. Seperti ISA, tidak perlu perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama ini.

Lazimnya, sejak beberapa tahun lalu, EO digunakan oleh polis bagi mengehadkan pergerakan mereka yang disyaki sebagai samseng dan terbabit dengan aktiviti haram dan kongsi gelap.

Sementara itu menurut Bernama, tangkapan Dr Jeyakumar dan lima ahli PSM yang ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

NONEKatanya mereka yang berumur 25 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, pada pukul 1.20 tengah hari sebaik sahaja mereka dibebaskan selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir hari ini.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur, Khalid berkata mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

Katanya mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung maklumat awal yang diterima oleh pihak polis.

Sambung reman

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

"Pihak polis menahan mereka untuk mencegah dari berlakunya apa jua jenayah yang menjurus kepada keganasan atau kekerasan," katanya.

Khalid berkata polis akan memohon kepada mahkamah supaya baki 24 orang dari kumpulan tersebut disambung reman kerana terdapat sedikit lagi siasatan yang belum selesai.

ronnie liu arrested by police bersih 020711Katanya jumlah keseluruhan tangkapan yang berkait dengan perhimpunan pada 9 Julai ini di seluruh negara berjumlah 150 orang.

Mengenai penahanan anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, tengah malam tadi kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan itu, Khalid berkata apa jua tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada hasutan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram adalah satu kesalahan.

"Jadi semalam dalam ucapannya dia telah menghasut orang supaya beramai-ramai hadir untuk satu perhimpunan yang haram tanpa permit jadi kita tahan dia untuk rakam percakapan dan kita telah bebaskan dia," katanya.

gooi drag to police vanDalam perkembangan berkaitan, katanya sehingga semalam, polis telah menerima sebanyak 2,389 laporan polis berhubung bantahan perhimpunan itu.

"Saya baru dimaklumkan beratus-ratus orang lagi sedang membuat laporan polis minta pihak kita (polis) mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perhimpunan itu," katanya.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009