Arkib Blog

Monday, July 11, 2011

Kit Siang: BERSIH lahirkan 1M'sia sebenar

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, perhimpunan BERSIH 2.0 yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi pihak yang paling rugi.

NONEKatanya, kehadiran rakyat Malaysia tidak mengira bangsa agama, jantina dan lapisan umur menunjukkan bahawa matinya gagasan 1Malaysia Najib dan "lahirnya 1Malaysia bersih yang sebenar".

Sehubungan itu, dakwanya, Najib terpaksa mengambil tindakan segera dengan melawat Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India - dua kawasan panas dalam perhimpunan BERSIH kelmarin.

"Bagaimanapun, kewibawaan perdana menteri menjunam rendah ekoran salah pengendalian yang kasar dalam perhimpunan 709 (9 Julai) BERSIH 2.0, seperti lawatan mengejut di Kuala Lumpur selepas 709 mengingatkan kita kepada lawatan Bush sehari selepas Amerika Syarikat mengebom Iraq," sindirnya.

Sehubungan itu, kata Lim, tidak hairanlah laman Facebook yang menuntut Najib meletakkan jawatan berjaya melepasi sasaran 100,000 orang hanya dalam tempoh 36 jam.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009