AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, July 5, 2011

Bekas mufti cadang 'minggu kuning'

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat memakai petanda kuning.

NONEKatanya, petanda kuning itu tidak semestinya ditulis dengan perkataan BERSIH.

Gabungan 60 NGO itu juga dicadangkan mengibarkan bendera Malaysia pada minggu tersebut.

"Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihan raya yang adil'. Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai.

"Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah," katanya.

Dalam satu kenyataannya, Dr Mohd Asri menyifatkan sebagai 'kekalahan tujuan' sekiranya BERSIH mengadakan perhimpunan tersebut sedangkan polis melarang dan jumlah yang diharapkan mungkin tidak diperolehi.

Cadang di stadium

Sedangkan mesej yang BERSIH ingin sampai sudah pun meluaskan kepada rakyat sekalipun tanpa perhimpunan pada 9 Julai ini, tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan BERSIH menerima tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perhimpunan itu diadakan di stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong menerima surat bantahan.

azlan"Terima sahaja tawaran YAB PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut.

"Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula berkata titah khas Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan BERSIH wajib dipatuhi bagi orang Islam kerana ia perintah untuk kebaikan.

Manakala bagi bukan Islam, katanya, titah tersebut hendaklah diikuti sebagai bukti kesetiaan kepada negara.

"SPB (Seri Paduka Baginda) Yang di-Pertuan Agong adalah mercu tanda dan puncak kuasa di Malaysia. Baginda adalah di atas daripada segala kepentingan kepuakan dan kepolitikan.

"Segala titah dan pandangan baginda adalah amat penting dan serius untuk diikuti dan dipatuhi. Sebarang penafsiran melencong daripada titah baginda adalah suatu penderhakaan terhadap negara," katanya dalam satu kenyataan.

Juanda: Utamakan kepentingan semua

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya mengutamakan maslahat dan kepentingan semua pihak kerana mereka berhak mendapatkan keamanan dan menyuarakan pandangan mereka.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan negara ini sentiasa aman makmur.

"Oleh itu semua pihak mesti akur kepada kehendak undang-undang yang telah disepakati semua selama ini dan tidak memaksakan pandangannya untuk diikuti oleh pihak lain," katanya.

Dr Juanda (kiri) juga menasihatkan pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang supaya memberikan hak sama rata dan adil kepada semua pihak dengan menegaskan "tiada siapa yang boleh dibenarkan untuk melanggar undang-undang dan menafikan hak pihak lain".

"Sebarang tindakan yang menggugat keharmonian dan kedamaian dalam negara hendaklah dikenakan tindakan paling tegas jika terbukti mereka mendatangkan kemudaratan kepada kepentingan awam.

"Dalam pada itu hendaklah dijauhi sebarang bentuk penganiayaan kepada mana-mana pihak kerana mereka semua adalah penduduk negara ini," katanya.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009