Berbanding sekarang, besi penghalang tersebut diletakkan di kaunter bayaran tol, tidak jauh dari kaunter imigresen.

"Penghalang itu sepatut ada di (kaunter) imigresen, bukannya di (kaunter) tol," kata Ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Suhaizan menyifatkan insiden itu berlaku ekoran "kesilapan teknikal" ekoran daripada kesilapan manusia.
Sehubungan itu, dalam pertemuannya dengan Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Johor Amran Ahmad hari ini, Suhaizan mencadangkan supaya diikut jejak langkah negara jiran itu di mana kaunter pemeriksaan imigresen dan kutipan tol disatukan.
"Di situlah imigresen dan di situlah tol, tidak perlu (orang luar) berhenti dua kali," kata Suhaizan yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat. Pertemuan itu diadakan pada jam 2.30 petang tadi selama setengah jam.

Mereka menuju ke Johor Bahru untuk makan malam tetapi melalui kaunter imigresen Malaysia tanpa mengecop pasport masing-masing.
Ekoran itu mereka ditahan dan didakwa masuk secara haram dan dikurung di lokap di Pontian, Johor. Akhbar itu melaporkan mereka kemudiannya diarahkan menanggalkan pakaian dan melakukan 10 kali ketuk ketampi.

Katanya, mereka juga turut membangkitkan dakwaan dua wanita itu diarah berbogel dan ketuk ketampi, tetapi Amran tidak mempunyai kuasa untuk memberikan komen.
Dalam pertemuan itu juga, Suhaizan turut membangkitkan isu kesesakan di tambak Johor ekoran penggunaan kaedah biometrik yang merekodkan cap jari warga asing yang pertama kali masuk ke Malaysia sejak awal bulan ini.
Suhaizan berkata pegawai kanan imigresen itu mengakui perkara tersebut, dan memaklumkan bahawa keadaan kini semakin pulih.
Sumber: malaysiakini
0 comments:
Post a Comment