AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, June 13, 2011

Nazri: Senarai penerima biasiswa JPA tak didedah

Kerajaan pimpinan BN tidak akan mendedahkan senarai penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam meskipun terdapat pelbagai desakan supaya pemberian itu dilakukan secara lebih telus.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengulangi perkara ini pasa sesi soalan Dewan Rakyat, pagi ini.Perkara itu ditimbulkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) kerana ramai pelajar yang merungut gagal mendapatkan biasiswa JPA di sebalik memperolehi keputusan cemerlang.Soalan yang sama diajukan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin tahu bagaimana kerajaan mendakwa pihaknya telus apabila tidak ada sesiapa yang mengetahui mengenai kelayakan penerima biasiswa berkenaan.“Menjadi polisi kerajaan untuk tidak mendedahkan markah yang diperolehi oleh penerima, bagi melindungi hak dan maklumat peribadi individu,” kata Nazri.Beliau mengulangi bahawa kerajaan telah memperuntukkan 1,500 biasiswa untuk pengajian peringkat ijazah di luar negara, 2,500 untuk program ijazah tempatan dan swasta dan 8,000 lagi kursus diploma yang boleh diteruskan ke peringkat ijazah.NONENazri menolak dakwaan berlakunya salah guna kuasa yang ditimbulkan oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung pengagihan biasiswa.“Tiada alasan konkrit salah guna kuasa dalam pemberian biasiswa. Hakikatnya ia dilaksanakan secara telus dan teratur seperti yang diarahkan oleh kabinet pada keputusan yang dibuat pada 14 Januari 2009.”

Sumber: malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009