Menurut Zulkiflee, kerja seni "istimewa" dari koleksi peribadinya itu dilukis ketua pembangkang ketika merengkok dalam penjara Sungai Buloh pada Ogos 2001.

Buku tersebut, Even My Pen Has a Stand (Hatta pen saya punya pendirian) merupakan buku keempatnya terbitan Kinibooks, anak syarikat kumpulanMalaysiakini.
Sebelum ini dengan syarikat yang sama, beliau menerbitkanCartoons On Tun… and Others (2005), 1Funny Malaysia (2009) dan"Cartoon-O-Phobia (2010)."
Koleksi kartu politik dalam buku terbaru ini pernah disiarkan dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan dalam laman web antarabangsa Cartoonmovement.com.

Dalam kenyatannya semalam, Zunar berkata Even My Pen Has a Standdipilih sebagai tajuk untuk menegaskan pendiriannya yang "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir" selepas ditangkap dan diugut.
'Saya ditangkap lagi'
"Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat," katanya.
Justeru, tidak hairan, isu-isu utama yang disentuh dalam buku itu berkaitan Altantuya Shaariibu, isu Scorpene, perdana menteri dan isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, isu perkauman, kebangkitan rakyat Mesir, 'FLOM' dan pilihan raya Sarawak.

Buku-buku ituGedung Kartun,Perak Darul Kartun,1Funny Malaysia,Isu Dalam Kartun 1,Isu Dalam Kartun 2dan Isu Dalam Kartun 3.
"Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi (saya) ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamadun," katanya.
Katanya, tangkapan dan ugutan terhadap kartunis Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke-19 adalah perkara biasa, tetapi dalam dunia moden sekarang, kartunis editorial diiktiraf sebagai ejen demokrasi.

Buku baru itu setebal 104 muka warna penuh dan boleh turut diberi dalam talian dengan harga RM25.00 senaskhah.
Ia dijadual dilancarkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada 2 Julai depan.
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment