Arkib Blog

Monday, June 13, 2011

Aktivis anti-Taib mohon campur tangan Agong

Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaan rasuahnya ke atas Kertua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONESehubungan itu, perwakilan NGO berkenaan menghantar sepucuk memorandum ke Istana Negara pagi ini memohon Seri Paduka mengenakan tekanan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan.MoCS juga memohon Seri Paduka supaya menolak sebarang cadangan bagi melantik Taib sebagai bakal Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.Memorandum berkenaan yang ditandatangani oleh Ahmad Azizan Abdul Manan, Awang Abdillah Nasar, Ronald Sia, Erick anak Nicholas Mujah dan Francis Siah diserahkan kepada seorang pegawai polis di pintu pagar Istana.NONETerdapat kira-kira 30 anggota polis termasuk yang tidak berpakaian seragam berkawal sekitar kawasan dan sesetengahnya dilihat merakamkan gambar dan video keadaan di sana.Memorandum yang diserahkan itu menyenaraikan pelbagai dakwaan salah laku dan rasuah yang dilaporkan di Internet, portal berita dan blog sama ada dalam negara mahupun luar negara yang dilakukan oleh Taib.Pada 4 Mac lalu, MoCS menuntut pejabat SPRM di Kuching supaya segera menyiasat dakwaan rasuah yang dilemparkan itu.Tuntutan itu turut diperakui oleh parti-parti Pakatan Rakyat di Sarawak - PKR , PAS dan DAP - serta beberapa NGO yang lain.azlan"MoCS seterusnya menyerahkan tuntutan itu kepada SPRM di Putrajaya pada 30 Mac,” kata pergerakan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.Sehingga hari ini, badan pencegah rasuah itu belum mendedahkan sebarang maklumat berhubung siasatan mereka itu."MoCS mahu butiran siasatan, jika ada didedahkan,” petik kenyataan itu.


Sumber: malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009