AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 19, 2011

Sekolah vernakular: K'jaan mungkin disaman

ADUN Kota Alam Shah mengancam untuk menyaman Kementerian Pelajaran kerana gagal mengenalpasti semua sekolah venakular sebagai layak mendapat bantuan penuh seperti sekolah kebangsaan.

Notis untuk prosiding itu dikeluarkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri berkenaan hari ini.

hindraf btn 151209 manoharan
Ia memberikan masa kepada kementerian menyelesaikan tuntutan Manoharan dalam masa 21 hari atau akan disaman.

Menurut notis itu, terdapat 108 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJCK) dan 97 Sekolah Jenis Kebangsaan India di negeri itu.

"Menyedihkan, hanya 55 SJKC dan 30 SJKT dikategorikan sebagai sekolah bantuan penuh sedangkan 53 SJKC dan 67 SJKT dikelaskan sebagai sekolah bantuan separa," notis itu dipetik.

Manoharan berhujah bahawa semua sekolah harus dilayan secara adil, selari dengan Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan keharmonian kaum.

Bagaimanapun, masih banyak sekolah di kawasan membangun berkeadaan menyedihkan.

Dihubungi Malaysiakini, Manoharan memberi contah tentang SJK (C) Chung Hua di Klang yang dilaporkan meluas tidak mampun membayar bil air dan elektrik.

"Pelajar hendak dapat makanan yang baik daripada kantin pun tidak boleh kerana pengusahanya tidak dapat menyimpan makanan dalam peti ais kerana elektrik dipadamkam di sebelah malam.

"Ini kerana ia sekolah separa bantuan. Kerajaan hanya bantu gaji guru dan membiarkan perkara lain," dakwanya.


Sumber: malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009