AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 5, 2011

Mahathir Perlu Kaji Sejarah MCA


SHAH ALAM 5 MEI : Dakwaan kononnya Malaysia akan menemui kehancuran apabila sokongan kaum Cina terbahagia dua adalah satu momokan yang cuba dimainkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam cubaan menakut-nakutkan rakyat di negara ini.

Hakikatnya kata ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, kestabilan negara tidak akan terjejas sama sekali walaupun rakyat tidak lagi menyokong MCA dan pemimpin parti itu bakal menolak jawatan dalam kerajaan, kerana sejarah membuktikan 'kekalahan' MCA tidak memberikan kesan kepada barisan kabinet Umno-Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Chin Tong sebaliknya menasihati bekas pemimpin nombor satu negara itu mengimbau kembali sejarah ketika MCA tewas teruk pada Pilihan Raya umum 1986 dan 1990 yang langsung tidak memberikan kesan kepada negara.

“Sebenarnya rakyat terutamanya di kalangan orang Cina tidak sokong MCA pada pilihanraya 1986 dan 1990.

“Dalam dua pilihan raya itu MCA kalah teruk dan juga dalam pilihan raya 1969. Tetapi pada 1986 dan 1990, tiada isu kestabilan langsung. Tiada isu kestabilan dan MCA masih dalam kerajaan, Umno masih kekal berkuasa, tiada isu kestabilan langsung,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Chin Tong mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir semalam yang memberi gambaran kestabilan negara akan terjejas tanpa sokongan masyarakat Cina kepada MCA.

Mahathir berkata kaum Cina perlu mengekalkan MCA dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan dan kerjasama pelbagai kaum negara ini berterusan.

Ironinya beliau sendiri terpaksa akur pada Pilihan Raya umum 2008, MCA terus menerima nasib malang, namun soal kestabilan negara tidak pernah disebut.

Justeru tegas Chin Tong, apa yang rakyat mahukan ketika ini tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, India dan yang sebagainya adalah menuntut kerajaan bersikap adil, bersih dan bebas rasuah.

Jelasnya, begitu juga dengan isu wakil Cina dalam kerajaan yang dianggap bukanlah satu keutamaan kerana rakyat ketika ini bersikap terbuka dalam isu itu.

“Sekarang ini bukan tentang ada wakil Cina dalam kerajaan atau tidak tetapi dasar kerajaan haruslah adil dan dasar kerajaan haruslah menekankan isu kesaksamaan, isu keadilan dan juga tanpa rasuah. Itu tuntutan rakyat Malaysia,” katanya.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009