AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, May 27, 2011

Hukuman dua beradik bakar gereja kekal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar sebuah gereja di Desa Melawati awal tahun
lalu.

azlan
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan dan sabitan Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 25, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 23.

Mohamad Zabidin berkata keputusan untuk mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen itu dibuat selepas meneliti hujahan, nota keterangan dan alasan penghakiman.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan kedua beradik itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Pada 13 Ogos tahun lepas, Hakim SM Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Izham, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah selepas diperintah membela diri.

NONE
Raja Mohamad Faizal (kanan), seorang penghantar surat dan Raja Mohamad Izham, pekerja bank, didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati, di sini, pada 11.50 malam, 7 Jan tahun lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

- Bernama

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009