Arkib Blog

Monday, May 23, 2011

DAP: Kenaikan harga gula untuk tambah untung Felda

DAP menuduh kerajaan pusat menaikkan harga gula untuk meningkatkan keuntungan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

azlan
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata kenaikan harga gula secara langsung akan
meningkatkan pendapatan Felda melalui pemilikannya dalam MSM Malaysia Holdings Bhd, iaitu cabang pengeluaran gula bagi Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Lim berkata, memandangkan MSM telahpun mencatatkan keuntungan sebanyak RM232 juta pada 2010, maka Felda mampu menyerap sebarang potongan subsidi oleh kerajaan.

Ini ekoran pengumuman Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa kenaikan RM0.20 harga gula sekilogram, akan menjimatkan kerajaan perbelanjaan RM116.6 juta setiap tahun.

“Apakah RM116.6 juta berbanding dengan RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lepas?

“Daripada melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya membantu rakyat Malaysia, terutama orang miskin, Felda akan memberi faedah daripada RM116.6 juta tambahan yang akan dibayar rakyat Malaysia,” kata Lim.

Lim berkata, kerajaan pusat, jika ia perlu, boleh memindahkan dengan mudah RM116.6 juta kepada Felda, yang dimilikinya.

Sebaliknya, tegas beliau, selaras dengan dasar sentrik korporat BN membantu syarikat kaya atas penderitaan rakyat miskin, maka BN memilih untuk membebankan 27 juta rakyat Malaysia, sedangkan syarikat korporat raksasa seperti Felda atau MSM, memperolehi keuntungan besar.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009