AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 10, 2011

Bicara kes tipu dihadapi Chan Kong Choy 20 Sept

Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini menetapkan 20 September sebagai tarikh perbicaraan kes tipu RM1.9 bilion dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dihadapi bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy.

NONE
Hakim Azhaniz Teh Azman turut menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes itu manakala perbicaraan ditetapkan selama dua minggu bermula 20 September.

Azhaniz juga memerintahkan pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen-dokumen yang perlu kepada pihak pembelaan sebelum 10 Ogos.

Beliau turut melanjutkan jaminan Chan yang diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pihak pembelaan bersetuju dengan tarikh perbicaraan itu yang ditetapkan pada September dan tarikh sebutan semula kes pada Ogos.

Seorang daripada peguam yang mewakili Chan, Arthur Wang memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan surat pada 29 April tahun ini kepada pihak pendakwaan memohon dokumen tertentu tetapi masih belum menerima dokumen berkenaan.

Chan, 55, yang memakai kemeja putih, seluar biru dan kot hitam, tiba di mahkamah pada kira-kira 2.13 petang dengan diiringi isteri dan anak perempuannya.

NONE
Pada 28 Februari tahun ini, beliau mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siapguna untuk projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006, berjumlah RM1.9 bilion.

Beliau didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan menipu itu di Tingkat 4, blok utama Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Kesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan.

- Bernama

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009