Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas Jabatan Perkhidmatan Awam kerana berulang-kali gagal membekalkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan.
Lim berkata JPA ketika mengagihkan biasiswa baru-baru gagal membezakan di antara pelajar cemerlang yang memperolehi tempat teratas dengan mereka yang mendapat keputusan kedua tertinggi.
Katanya, tindakan mesti diambil terhadap "Napolean Kecil” yang bertanggungjawab melakukan kesilapan itu kerana tindakan mereka menjejaskan masa depan pelajar yang terbabit.
"Sama ada lantik orang baru menjalankan kerja itu atau dapatkan TPM baru (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran),” kata Lim pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pengarah InvestPenang.
"Apa yang berlaku? Ini perkara mudah tetapi kesilapan seperti ini menimbulkan kepayahan, kegusaran dan kemarahan rakyat,” bidasnya.
Setiausaha agung DAP juga mempersoalkan kemampuan kerajaan membekalkan perkhidmatan awam berkelas pertama sedangkan mereka kerap membuat kesilapan seumpama itu.
Bagi membekalkan perkhidmatan kelas pertama, kata Lim, kerajaan mesti memastikan terdapat sistem yang betul, etika baik, khususnya dalam pemberian biasiswa serta semangat pasukan yang baik.
Namun, katanya bukan semua kakitangan awam adalah bermasalah tetapi tindakan segelintir mereka ini merosakkan nama baik rakan mereka yang lain.
Sumber: malaysiakini
0 comments:
Post a Comment