Arkib Blog

Thursday, April 21, 2011

Tricubes Ada Kaitan Dengan Adik Perdana Menteri - SAMM


SHAH ALAM, 21 APRIL : Hasrat kerajaan persekutuan yang mahu memberikan emel percuma kepada rakyat Malaysia terus menemui jalan sukar apabila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak terlibat dengan syarikat Tricubes.

Syarikat Tricubes adalah syarikat yang mendapat kontrak RM50 juta bagi membekalkan emel percuma kepada rakyat negara ini.

Badrul berkata, beliau akan mendedahkan nama tersebut dalam surat terbukanya kepada Najib menerusi laman blognya.

“Saya akan dedahkan esok melalui Surat Terbuka saya kepada Najib Tun Razak. Ia dimiliki oleh seoang lagi adiknya yang ada kaitan dengan CIMB . Kita diperingkat akhir nak cari link tersebut bagaimana milikan tidak langsung ini berlaku,” kata badrul.

Badrul buat kesekian kalinya mempersoalkan kewajaran kerajaan persekutuan membelanjakan puluhan juta ringgit semata- mata mahu membekalkan emel percuma kepada rakyat Malaysia, walhal perkhidmatan itu boleh didapati secara percuma daripada enjin carian internet seperti yahoo.com, google.com, hotmail.com dan sebagainya.

“Kenapa perlu ada perbelanjaan RM50 juta untuk membolehkan rakyat Malaysia punya emel. Sedangkan sudah ada banyak provider-provider atau syarikat- syarikat yang menyediakan emel secara percuma yahoo, goggle dan sebagainya.

"Yang kedua lebih memeranjatkan syarikat terbabit bermasalah dari segi kewangan dan mungkin bankrap, untuk muffis jadi ini menyebabkan kita menambah keraguan lagi,” soal Badrul.

Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi.

Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.

Tricubes Berhad dikenalpasti sedang menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia.

Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses menguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang dikesan.

Persoalannya mengapa Najib bertindak memberikan kontrak berskala besar itu kepada syarikat yang bermasalah

Semalam Ketua Pegawai Esekutif Tricubes tampil menjelaskan dana RM50 juta bukan disalurkan kerajaan persekutuan tetapi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Hakikatnya MAMPU tetap agensi kerajaan yang mengutip dana daripada cukai yang dibayar rakyat marhaen.

Najib terus dilabel sebagai mengutamakan kroni apabila Tv Selangor kelmarin melaporkan pendedahan Badrul bahawa seorang lagi adiknya Datuk Nazim Razak didakwa terlibat dengan projek pemuliharaan Masjid Kampung Baru.

Badrul turut menolak dakwaan Firma arkitek NRY Architech itu bahawa projek pemuliharaan itu dijalankan secara sukarela.

Beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap firma tersebut.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009