PKR akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu tanpa permit memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian dalam negeri masih tidak membuahkan hasil, kata senator Syed Husin Ali.
Katanya, langkah itu diambil memandangkan parti itu telah berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu permit penerbitan lidah parti itu.
Naib presiden parti itu, Tian Chua telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan itu pada Oktober dan seterusnya pada November tahun lalu.
"Kami ingin tahu apakah kementerian mengambil sikap politik terhadap PKR," katanya lagi.
"(Nampaknya) pemerintah sengaja hendak galakkan satu benda haram dari segi undang-undang," katanya lagi.
Katanya, permit bagi penerbitan Suara Keadilan tidak lagi diperbaharui oleh kementerian sejak Jun 2010.
Bagaimanapun, Suara Keadilan tetap diterbitkan dengan menggunakan judul berbeza selepas permit penerbitan akhbar berkenaan berakhir pada 7 Julai 2010.
Siri laporan khas berhubung status kewangan Felda itu disiarkan dalam edisi Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun.
Ekoran itu juga, akhbar berkenaan disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 kerana didakwa menyiarkan satu dokumen sulit kerajaan dalam satu edisi susulannya.
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment