AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 27, 2011

Pemantau pilihan raya pertahan dakwaan beli undi

Pemantau pilihan raya Sibu (SEW) hari ini menemplak SUPP yang mendakwa parti berpangkalan di Sarawak itu pada Isnin lalu sedang membayar gaji kepada pekerja Iban yang berkumpul di pejabatnya.

Sebaliknya, SEW mengulangi dakwaannya bahawa SUPP terbabit dengan pembelian undi berdasarkan apa yang mereka saksikan dan wawancara dengan lebih 10 orang masyarakat Iban di lokasi pada hari kejadian.

supp alleged money politic 250411 02
Penyelaras kumpulan itu, Boney Wong, yang menjalankan siasatan dengan seorang lagi rakan memberitahu Malaysiakini mereka melawat kaawasan berkenaan dan berbual dengan lebih 10 orang sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mereka yang ditemui tidak pernah menyebut mereka dibayar gaji daripada SUPP ataupun mereka bekerja untuk SUPP ketika pilihan raya.

“Apa yang mereka beri tahu kami ialah mereka dapat (bayaran pendahuluan) RM100 sebelum hari mengundi dan jika calon BN menang, setiap seorang akan mendapat bayaran tambahan RM400.

“Jadi mereka datang ke pejabat SUPP untuk mendapatkan baki wang setelah diminta berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Boney berkata ada juga mereka yang memberitahu SEW bahawa jika calon BN menang, semua pengundi berdaftar boleh menuntut 'baki' RM400 dengan membawa kad pengenalan mereka.

“Kebetulan, ada seorang wanita yang mengeluarkan segulung wang kertas RM100 dari begnya dan mula mengagihkan wang berkenaan kepada rakan-rakannya.”

Katanya, wanita berkenaan tidak menyedari kehadiran anggota SEW dan terus mengagihkan wang tersebut tanpa berselindung.

Menurut Boney lagi, tindakan wanita itu selaras dengan apa yang dicerita oleh mereka yang ditemu bual di sana.

“Kami pertahankan pendirian berkenaan kerana ini ialah apa yang kami saksikan.”


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009