AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 6, 2011

Pejabat kastam Selangor 'tak boleh dimasuki'

Seorang ahli Majlis Perbandaran Klang berkata, sekumpulan orang orang awam hari ini dihalang daripada cuba berurusan dengan pegawai kastam di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor.

Lim Lip Suan menganggarkan terdapat antara 300 hingga 400 orang yang berkumpul di luar pagar bangunan tersebut kerana dihalang daripada memasuki kompleks berkenaan.

NONE

Bangunan berkenaan terletak di North Port, Pelabuhan Klang.

"Saya pergi untuk tinjau pada pukul 1 petang tadi. Saya nampak polis dengan dua buah kereta peronda berkawal di luar pagar bangunan itu," kata Lim ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.

Katanya, beliau tidak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku di dalam kompleks bangunan berkenaan.

"Saya sendiripun tidak boleh masuk ke pejabat itu," katanya lagi.

Namun, beliau percaya keadaan itu ada kaitannya dengan insiden kematian seorang pegawai kanan di pejabat tersebut pagi ini.

Pegawai berkenaan, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur pagi ini.



Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009