AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 14, 2011

PAS solat hajat seluruh negara malam ini

PAS mengarahkan semua ahlinya di seluruh negara melaksanakan solat hajat pada malam ini untuk kemenangan calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini, laporHarakadaily.

pas muktamar 130610 idris ahmad
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu jalan yang terbaik supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon dan petugas mereka di negeri itu.

“Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Alhamdulillah, petugas PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti itu, Datuk Seri Hadi Awang telah mengarahkan semua ahli supaya menunaikan solat hajat di seluruh negara malam ini.

Idris dalam kenyataannya berkata semua penyokong PAS di seluruh negara hendaklah bermohon kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas parti selamat menjalankan tugas sepanjang pilihan raya ini.

“Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya,” tulisnya.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009