SHAH ALAM 23 APRIL : Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar dilabel sebagai ahli politik yang tidak matang berikutan enggan akur pada pilihan pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru- baru ini.
Ketua Serikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail berkata Noh dan juga pemimpin UMNO BN yang lain harus akur pada undi rakyat, bukannya mempersalahkan dan menyifatkan pengundi sebagai tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan pemerintah.
Hakikatnya, Aishah berkata jika kepimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak tidak korup, tidak mungkin rakyat akan beralih arah memangkah Pakatan Rakyat.
“Saya rasa Noh Omar sebagai ahli politik yang tidak matang apabila dia menyalahkan rakyat secara keseluruhannya secara terang- terangan khususnya masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional di Sarawak.
"Bagi saya gelombang ini bukan sahaja dirasai di Sarawak tetapi juga di Semenanjung di mana kita lihat majoriti masyarakat Cina memang terang- terangan memperlihatkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.
"Noh Omar yang disifat tidak senang dengan perkembangan itu. Banyak kenyataan pimpinan UMNO salahkan orang Cina kerana pilih Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional,” ujar Aishah.
Aishah turut menasihati Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani agar belajar menerima kenyataan bahawa rakyat kini sudah matang berpolitik dan mampu memilih parti politik yang benar- benar menjaga kebajikan mereka.
"Jika dizinkan Allah dengan semangat pemimpin- pemimpin, semangat jentera Pakatan Rakyat bukan saja di kalangan majoriti masyaakat Cina tetapi percayalah dalam masa terdekat masyarakat Melayu juga akan merubah perspektif politik mereka dan akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
Aishah juga berkata Noh Omar harus menerima kenyataan bahawa UMNO BN kini ditolak dan hilang kewibawaanya dalam arena politk semasa kini.
Sumber: TVSNEWS
0 comments:
Post a Comment