Arkib Blog

Thursday, April 21, 2011

Naib Presiden MCA Desak Taib Segera Undur

Naib presiden MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

gan ping sieu on sport betting 250610 02
Gan berkata Taib perlu mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun memandangkan kemerosotan sokongan terhadap BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

“Meskipun BN Sarawak muncul pemenang pada pilihan raya negeri yang berakhir pada 16 April 2011, dan mengekalkan majoriti dua pertiga kuasanya, tetapi yang jelas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina,” kata Gan dalam satu kenyataan akhbar.

Mengimbas kembali peralihan sokongan di kalangan masyarakat Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat, Gan juga berkata kumpulan pelbagai etnik lain di Sarawak juga tidak lagi memberi sokongan padu kepada BN.

sarawak chief minister taib mahmud cast his ballot vote 1
Gan memuji tindakan SUPP - parti yang 'dibelasah teruk' oleh DAP - untuk menolak mana-mana ADUN Cina bagi jawatan kabinet negeri setelah ditolak oleh pengundi.

Beliau juga tidak berselindung dalam membidas DAP, khususnya setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng yang menurutnya mengamalkan 'strategi politik perkauman' apabila 'menghasut' rakyat Sarawak menentang SUPP dan melabelkan mereka sebagai 'samseng Taib'.

Beliau juga mendakwa Lim mengelirukan masyarakat Cina dengan mengambarkan seolah-olah MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Cina yang menggesa ADUN SUPP tidak menyertai kabinet Sarawak.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009