Arkib Blog

Tuesday, April 26, 2011

MAIM Seleweng Wang Zakat

KUALA LUMPUR 26 APRIL : Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujudnya penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sehingga menyebabkannya mengalami kerugian besar berikutan kaedah pengurusan hartanah yang lemah.

Shamsul dalam laman blognya berkata, ia juga berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya siap pada Jun 2004.

Menurut Shamsul, beliau juga mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan.

“Berlaku kecuaian oleh pihak MAIM sehingga mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

“Sementara projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka terpaksa ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal dengan jumlah RM1.80 juta.

“Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM,” katanya.

Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) berkata, di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Majlis Agama Islam Melaka telah membuat ketetapan untuk memastikan bahawa semua harta wakaf dan baitulmal terletak di atas nama MAIM, selaras dengan kuasa yang diberi.

Malah katanya, pengurusan hartanah MAIM yang tidak memuaskan telah mengakibatkan kerugian, manakala pemantauan yang tidak berkala dan berterusan mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009