SHAH ALAM 28 APRIL : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yakin juak-juak Umno akan terus memuatkan klip-klip dari video lucah ke Youtube untuk terus mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun taktik itu akan ditolak oleh maysrakat Melayu yang cuba dipengaruhi.
Klip video terbaru yang dimuat naik di Youtube itu merakamkan seorang lelaki sedang mengenakan pakaian, seorang perempuan dalam keadaan bogel.
Ratusan ribu gambar daripada klip video itu dicetak dan diedarkan di sekitar Lembah Klang sejak malam tadi khsusnya di kawasan penghuni Melayu yang tinggi, dalam cubaan terdesak untuk menfitnah dan mengaibkan Anwar.
Seperti klip pertama, suntingan video kali ini juga membawa petanda-petanda tertentu video itu dirakamkan secara terbuka dan dengan pengetahuan pelaku serta kehadiran pihak ketiga dalam kamar berkenaan.
Datuk Johari yakin klip video yang disunting akan terus dimuat naik ke Internet oleh individu-individu tertentu. Beliau tidak menolak kemungkinan angkara itu didalangi oleh gandingan Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Namun berita baik di sebalik itu katanya, semakin banyak bahagian-bahagian dalam klip video berkenaan didedahkan, semakin banyak kecacatan dan perkara 'aneh' dapat disaksikan.
" Ia amat menjijikkan. Malah pada video klip pertama pun, orang yang berpakaian penuh itu ke hulu ke hilir. Dalam keadaan persiadaan seolah-olah satu lakonan
seks bakal berlaku.
" Dan klip kedua ini pula seolah-olah ada orang ketiga yang campak tisu. Bukan itu sahaja, saya cabar ini bukanlah dilakukan dalam bilik gelap kerana ianya
memang dilakukan untuk difilemkan sebab kalau lihat didinding ada tiga bayang untuk satu-satu objek. Ini mengesahkan ada tiga lampu yang disuluhkan pada objek-objek ini.
Sehingga ke hari ini blog-blog pro Umno terus menayangkan video selama 1 minit 46 saat yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II'.
Sama seperti bahagian pertama dahulu, ia sekali lagi memaparkan watak pelaku yang tidak jelas, susuk tubuh dengan perut boroi yang nyata bukan mirip Anwar.
" Tujuan video ini asalnya bukan untuk apa-apa. BUkan untuk cari kebenaran, bukan untuk mengajar, semua itu bukan. Tujuannnya adalah untuk menghancurkan karier politik Anwar,” kata Johari.
Malah kata Johari, video fitnah ini adalah talian hayat Umno-BN demi kelangsungan politik mereka.
" Apa pun juga, saya tahu mereka akan terus siarkan video ini secara berterusan untuk penontonnya kerana berfikiran orang Melayu suka perkara-perkara yang sensasi seperti ini,” kata Johari.
Beliau berkata Umno begitu terpinggir daripada isi hati masyarakat Melayu sehingga membelakangkan isu-isu ekonomi dan cara memperbaiki akhlak anak-anak. Mereka memikirkan orang Melayu akan lebih tertarik kepada video ini, tambah beliau.
Sumber: TVSNEWS
0 comments:
Post a Comment