AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 29, 2011

Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONE
Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

NONE
Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

NONE
Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009