AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 28, 2011

DAP: Apakah PM akan batalkan emel 1M'sia?

DAP mendakwa apa yang telah berlaku menunjukkan projek emel 1Malaysia jelas merupakan satu percubaan untuk mendapatkan wang daripada satu proses yang sepatutnya percuma.

NONE
Setiausaha publisitinya, Tony Pua berkata kini sudah jelas
bahawa penyedia perkhidmatan tersebut - Tricubes Bhd - akan mengautkan keuntungan besar daripada skim tersebut.

Ini kerana syarikat itu akan mengenakan bayaran RM0.50 ke atas agensi-agensi kerajaan bagi setiap transaksi emel - bercanggah dengan kenyatan awal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak perlu membayar apa-apa untuk projek tersebut.

"Ini akan mengakibatkan berjuta-juta dibelanjakan oleh setiap agensi kerajaan sekiranya mereka menghantar satu emel sahaja kepada jangkaan 15 juta pengguna," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

NONE
Pua (kiri) mendakwa pentadbiran Najib ada kaitan dengan
rancangan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada pelan transformasi ekonomi dan Malaysia Venture Capital itu (Mavcap) - milik penuh kementerian kewangan - adalah pelabur dalam Tricubes.

Kekeliruan yang melucukan itu, katanya, ditambah pula dengan Mavcap yang serta-merta membuat satu penafian secara tidak langsung yang pelaburan adalah untuk projek emel 1Malaysia, tetapi sebaliknya adalah satu lagi anak syarikat Tricubes - Tam Tam Sdn Bhd - yang terbabit dengan penjualan bergerak produk automasi.

Oleh kerana keseluruhan skim itu telah didedahkan, Pua berkata,
Najib seharusnya tidak lagi senp tentang kontroversi tersebut dan menghentikan segera projek itu bagi mengelak agensi-agensi kerajaan membuat bayaran yang sedemikian tinggi.

NONE
Sebaliknya, kata beliau, Najib hendaklah mengarahkan agensi kerajaan yang berminat menyediakan komunikasi elektronik untuk bil dan kenyataan, meminta orang ramai menyediakan emel mereka sendiri, sama ada Gmail, Yahoo!Mel, Hotmail atau penyedia emel komunikasi seumpama itu.

"Dengan berbuat demikian, agensi-agensi kerajaan boleh berkomunikasi dengan rakyat Malaysia dengan menghantar emel tanpa sebarang kos.

"Jika bank dan syarikat kad kredit boleh melakukannya, maka tiada sebab sama sekali mengapa -agensi kerajaan tidak boleh berbuat demikian," katanya.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009