AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 27, 2011

Caj RM0.50 Email 1Malaysia, Guna Wang Rakyat Pembayar Cukai

KUALA LUMPUR 27 APRIL : Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan tindakan kerajaan mengumumkan inisiatif email 1Malaysia melalui Syarikat Tricubes Berhad kerana membebankan rakyat tanpa memikirkan kesusahan yang dialami mereka.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata meskipun rakyat tidak dibebani secara langsung, namun caj yang dikenakan terhadap agensi kerajaan yang terlibat tetap menggunakan wang rakyat selaku pembayar cukai.

“Apabila syarikat Tricubes Berhad mengumumkan bahawa agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna, maka sudah pasti duit itu duit rakyat.

“Kita mahukan kerajaan mengamalkan demokrasi sihat, tiada pembaziran, kebebasan media, hapus rasuah dan sebagainya. Tetapi yang jelas kerajaan mengamalkan kepentingan kepada kebendaan untuk menindas rakyat,” ujarnya.

Beliau turut mempersoal idea email percuma tersebut sebagai agenda politik Barisan Nasional bagi menyebarkan dakyah mereka kepada pengguna internet, yang majoritinya golongan muda.

“Mereka sedar akan kebangkitan dan suara anak-anak muda yang memilih Pakatan Rakyat (PR), itu yang membuatkan mereka mencari jalan untuk mendekati golongan muda dengan kemudahan email tersebut,” kata Muhd Nur ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, hari ini dilapor berkata, projek itu akan tetap dilancarkan Julai ini, dengan mensasarkan 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini- meskipun mendapat bantahan orang ramai.

Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna dan orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Beliau bagaimanapun menjangkakan terdapat bayaran tambahan terhadap pengguna jika mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih ‘selamat’ dengan kemudahan ‘encryption’.

Projek Emel 1Malaysia itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ia dilaksanaka oleh sebuah syarikat IT bermasalah dari sudut operasi kewangan iaitu Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang dikategori sebagai syarikat GN3 di Bursa Malaysia.

Sehingga kini hampir 50,000 penguna membantah dan mengecam inisiatif tersebut di laman Facebook.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009