AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 14, 2011

Wanita PKR: Kod protokol istimewa untuk isteri PM?

Baru beberapa jam membuat penjelasan berhubung kedudukan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz didakwa "play-safe,penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan".

bukit antarabangsa landslide 071209 zuraida kamaruddin
"Jawapan beliau yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina perlembagaan negara...," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (kiri).

Anggota parlimen Ampang itu mendakwa, kenyataan itu di parlimen sebentar tadi bertentangan dengan diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah hanyalah "kod amalan" seperti yang didakwa dan dengan menggapnya sebagai "pegawai" buat perdana menteri, Zuraida juga menggambarkan Rosmah mendapat kelebihan yang lebih istimewa.

"Namun, jika demikian bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang 'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama? Bagaimanakah seorang 'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia?

"Adakah wujud pula kod protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk isteri perdana menteri? " soal Zuraida bertalu-talu.

Sehubungan itu, Zuraida menggesa Mohamed Nazri "menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti" bagi membuktikan beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak.

Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini memberitahu parlimen, panggilanWanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri perdana menteri.


Sumber: Malaysiakini

Katanya,panggilan itu adalah gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009