AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 2, 2011

Umno-BN Bawa Masuk Pengundi Pos Besar-Besaran Di Perak

cmk

YB Chan Ming Kai, Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Perak telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN UMNO di Perak pada tahun 2010 dalam Sidang Media Mingguan parti pada 1 Mac 2011.

Contohnya, di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.

DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. KEADILAN tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

YB Ming Kai juga menjangkakan UMNO akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sg. Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sg. Rapat.

Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos.

YB Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.

UNDI POS MASUK KELUAR DI PERAK 2010

CONTOH KAWASAN DUN

DUN MASUK KELUAR

PANGKOR +5669 -368

KAMUNTING +1102 -146

TEMENGGOR +690 -38

PENGKALAN HULU +506 -117

CHENDERIANG +255 -31

SUNGAI RAPAT +248 -31


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009