AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 28, 2011

Tinjau Kubu Kuat Sendiri, BN Gentar ?


SHAH ALAM 28 MAC : Langkah kerajaan meninjau negeri Johor dan menyeru rakyat negeri itu kembali mempercayai kepimpinan kerajaan dilihat seolah- olah kerajaan gentar akan tentangan yang diberikan Pakatan Rakyat, walhal umum sedia maklum negeri itu adalah kubu kuat Barisan Nasional.

Pengarah Pilihanraya PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti bermimpi disiang hari selain ia jelas mengambarkan Gagasan Barisan Nasional gentar dengan pencapaian dan penerimaan kepimpinan Pakatan Rakyat dimata rakyat hari ini.

"Semua tahu, di Johor Barisan Nasional telah diancam oleh Pakatan Rakyat dengan organisasi kepimpinan yang lebih teratur selain lebih ramai yang mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat, ditambah pula dengan langkah awal Pakatan Rakyat dengan membuat penstrukturan semula," kata Jui Meng.

Terbaru, Najib dilaporkan menerusi Berita Harian meninjau negeri Johor sebagai langkah menzahirkan hasrat parti itu mahu menguasai sepenuhnya negeri tersebut.

Tsunami politik menerusi PRU-12 menyaksikan kubu kuat UMNO-BN dipecahkan apabila tiga kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat DAP dan PAS iaitu DUN Sungai Abong, Bentayan dan Maharani serta Parlimen Bakri di daerah Muar.

Rekod terdahulu menyasikan BN pernah menguasai sepenuhnya kerusi DUN dan Parlimen di Johor pada PRU 1995 dan 1999 sebelum mula dibocori oleh PAS menerusi kemenangan tanpa bertanding di DUN Senggarang pada PRU 2004.

Mengulas rekod ini, Chua berkata rakyat sudah berubah seiring dengan kehendak politik Malaysia yang menuntut kebebasan dalam berdemokrasi seperti mana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Chua yang juga merupakan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Johor berkata, menyedari hakikat ini Perdana Menteri tidak senang duduk, mengenangkan nasib yang UMNO-BN akan tempuh menjelang PRU-13 sehingga terpaksa turun padang menyakinkan rakyat.

"Dan hal ini membuatkan beliau (Najib Razak) tahu perkara ini tidak semudah Pilihanraya Umum (PRU) 12, dan untuk PRU-13 kita telah pun bersedia, tunggu sahaja tarikh dan kita akan buktikan kepada Najib khususnya UMNO-BN bahawa kita sangat berkaliber untuk mendepani PRU-13," katanya.

Selain itu, Najib juga dilaporkan memberi kenyataan negeri Johor akan terus menjadi sebuah negeri maju dengan kembali kepada BN bukannya mempercayai kepimpinan Pembangkang (Pakatan Rakyat).

"Saya rasa kalau Johor terus mempercayai kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi 'Buku Jingga' kita akan merealisasikan sebuah kerajaan di Johor yang lebih telus tanpa rasuah selain penjimatan wang daripada pembanterasan rasuah, dengan itu kita mampu membangunkan Johor lebih baik daripada UMNO-BN yang sedia maklum terpalit dengan pelbagai scandal rasuah dan ketidaktelusan"

Dengan memberi gambaran kebangkitan rakyat di negara timur tengah, Chua menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat sentiasa menjanjikan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam demokrasi.

"Kita juga jamin kebebasan kepada rakyat, kita lihat apa yang berlaku di Timur tengah, rakyat bangkit oleh kerana mereka sudah bosan dengan pemerintahan lama dengan menolak domekrasi korup seperti mana yang diamalkan oleh UMNO- BN," katanya.



Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009