AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 28, 2011

Teng : 'Saya Sekadar Patuh Perintah Mahkamah, Benarkan Badrul Bersidang'


Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim membenarkan Ahli DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk menghadiri Sidang DUN Selangor bermula hari ini sementara menunggu permohonan mengenepikan keputusan mahkamah bersabit status beliau sebagai wakil rakyat.

Teng berkata, tiada alasan untuk beliau ingkar dengan perintah mahkamah yang diserahkan oleh peguam Badrul kepadanya Rabu lalu, namun tetap dengan pendirian untuk membuat rayuan.

"Pada minggu lepas apabila saya memberi taklimat kepada pihak akhbar, masa itu saya belum lagi menerima perintah mahkamah daripada peguam beliau. Selepas taklimat saya disiarkan di akhbar, perintah tersebut telah disampaikan.

"Jadi memandangkan saya telah mendapat perintah tersebut, maka sementara menunggu perbicaraan permohonan saya untuk mengenepikan keputusan mahkamah sebelum itu dan juga sementara menunggu tarikh rayuan, maka perintah mahkamah itu kami hormati," jelas Teng kepada media selepas menghadiri perasmian Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kedua Belas 2011.

Teng sebelum ini, mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang selepas mendapati Badrul tidak hadir sidang DUN selama enam bulan, bermula 15 Julai 2010 hingga 16 Januari lalu.

Pada 18 Februari, hakim Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan Badrul diiktiraf masih berhak memegang jawatan sebagai wakil rakyat daerah itu sekaligus mengenepikan keputusan Speaker Selangor.

Badrul memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum keluar Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober 2009.

Ditanya wartawan tentang kelibat Badrul pada perasmian sidang DUN Selangor di bangunan Sultan Salehuddin Idris Shah pagi tadi, Teng berkata beliau masih belum menyemak laporan kedatangan.

"Saya tidak pasti sebab saya pun belum lihat lagi daftar kehadiran. saya belum dapat laporan lagi sebab pagi tadi sudah sibuk dengan persiapan," ujar beliau lagi.

Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kedua Belas 2011 yang berlangsung hari ini hingga 5 April nanti akan membincangkan usul yang dikemukan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tumpuan utama termasuk rang undang- undang kebebasan informasi yang telah melalui bacaan kali kedua dan akan dibawa keperingkat jawatankuasa pilihan untuk dibahaskan.

Antara lain termasuk rang undang-undang pembekalan tambahan daripada pihak kerajaan, pindaan perhutanan, dan saraan ahli dewan undangan negeri turut akan dibincangkan dalam dewan.



Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009