AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 28, 2011

SPRM geledah pejabat ahli majlis MBSA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah pejabat ahli perniagaan Ang Leng Kiat, yang juga ahli majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

NONE
Ang ketika dihubungiMalaysiakini, berkata enam anggota SPRM dari ibu pejabat Putrajaya tiba di pejabatnya sekitar jam 10 pagi tanpa sebarang makluman dan mula mengambil beberapa dokumen.

“Mereka berkata sedang menjalankan pemeriksaan rambang ke atas saya dan syarikat saya. Mereka tidak beritahu apa-apa mengenai MBSA,” kata Ang.

Ang terbabit dengan perniagaan dalam industri perkapalan dan katanya pegawai SPRM berkenaan mahu memeriksa fail peribadinya.

"Saya kata teruskan.”

Menurut Ang yang juga ahli jawatankuasa eksekutif DAP Selangor, beliau sedia bekerjasama dengan SPRM dan tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.

Sehingga jam 2.30 petang tadi, anggota SPRM masih di pejabat ahli majlis itu dengan menyelak beberapa fail dan rekod pejabat.

NONE
"Saya tidak takut dengan semua ini, saya ada peguam yang bersiap sedia. Saya juga sudah biasa dengan perkara seperti ini,” kata Ang.

Ditanya sama ada pegawai SPRM yang menjalankan tugas itu menunaikan tanggungjawab mereka secara berhemah dan profesional, Ang berkata: “Mereka hanya jalankan tugas. Mereka amat profesional.”

"Saya tidak peduli jika mereka mahu mengambil apa-apa asalkan mereka menandatangani borang mengenai apa yang diambil,” kata ahli majlis itu.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009