AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 7, 2011

Selangor masih perlukan polis bantuan untuk turun kadar jenayah


SHAH ALAM, 7 Mac – Selangor masih berada dalam lingkungan kadar peratusan jenayah yang tertinggi di Malaysia meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kadar jenayah turun sebanyak 10 peratus dengan jenayah jalanan menurun 35 peratus.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman ini yang disifatkan sebagai bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan sedangkan kerajaan negeri komited dalam menghapuskan jenayah di negeri ini.

Sebelum ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan permintaan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu meletakkan polis bantuan di Selangor.

Permintaan polis bantuan oleh Menteri Besar Selangor adalah berikutan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat.

“Jenayah di Selangor ini adalah yang tertinggi dalam negara, kalau turun pun masih lagi mencapai daripada kumpulan yang tertinggi, jadi persoalan untuk kita nak memperhebatkan lagi dalam menjaga keselamatan di negeri Selangor ini memang niat yang baik kerana kita kalau boleh bukan nak minimum sahaja tapi kita nak hapuskan jenayah, tu bezanya kita dengan UMNO-BN,” katanya.

Tambah beliau pencapaian yang ditunjukkan dalam salah satu elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu belum boleh meletakkan Selangor di tangga yang paling bawah dalam usaha memerangi jenayah.

“Kalau dikatakan penurunan itu yang terendah dalam Malaysia itu saya setuju tapi kalau turun daripada yang tertinggi, tu bukan pencapaian yang baik,” katanya.

Abdullah Sani tidak menolak jika penurunan yang ditunjukkan ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Negeri juga dan bukan kerajaan Persekutuan sahaja yang menjalankan tanggungjawab ini.

“Antara terendah dalam negara, tidak tapi kita turun daripada yang tertinggi tu turun atas keprihatinan kerajaan negeriyang banyak buat pengawasan, penguatkuasaan,” katanya.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009