AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 16, 2011

Pegawai SPRM 'panik' selepas kematian Teoh

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui kepada Suruhanjaya Diraja bahawa beliau panik apabila saksinya, Teoh Beng Hock, dijumpai mati.

Dalam keterangannya hari ini, ketua unit sisasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah berkata sebaik mengetahui Teoh jatuh pada jam 2 petang 16 Julai 2009, beliau segera menghubungi ketuanya, Hishammuddin Hashim, timbalan pengarah bahagian berkenaan.

"Dia (Hishammuddin) beritahu saya dan Anuar (Ismail), untuk terus ke Putrajaya dan menjelaskan apa yang terjadi.

"Tetapi sebelum ke Putrajaya, Anuar mahu berhenti seketika dirumahnya di Puchong. Apabila sampai di Putrajaya (ibu pejabar SPRM), ketika berada di tempat meletak kereta, kami mendapat satu lagi panggilan daripada Hishammuddin dan beliau mengarahkan kami berpatah ke Shah Alam dan berikan keterangan kepada ibu pejabat polis daerah Seksyen 11.

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong kemudian mencelah dan bertanya kenapa Anuar pulang ke rumahnya tetapi menurut Hairul beliau tidak terfikir untuk bertanya. Katanya, beliau hanya menunggu di kereta manakala Anwar berada di rumahnya.

NONE
Menurut Hairul beliau berpendapat Anwar ingin memaklumkan kepada keluarganya berhubung pengalamannya tetapi tidak pasti dengan tindakan rakannya itu.

Pesuruhjaya Datuk T Selventhiranathan kemudian bertanya: "Mengapa dia tidak guna telefon bimbit untuk memanggil isteri atau keluarganya?

Hairul: Saya tidak boleh menjawap bagi pihaknya.

Hairul kemudiannya menerangkan semasa di balai polis mereka mendapat satu lagi arahan supaya kembali ke Plaza Masalam, di mana ibu pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14.

Kerana bimbangkan keselamatannya dan Anuar, Hairul berkata beliau meminta bantuan seorang lagi pegawai, Khairul Anuar Alias, untuk menjemput mereka dari balai polis.

Foong (atas, kiri) sekali lagi mencelah dan menyoal Hairul, apa yang mereka takutkan.

Hairul: Saya berpendapat saya tidak boleh jelaskan soalan oleh orang ramai berhubung apa yang terjadi (kepada Teoh).

Foong: Kenapa awak pula yang kena jelaskan?

Hairul: Situasi ketika ini sudahpun bercelaru dan saya berpendapat keselamatan saya mungkin terancam.

Foong: Kenapa tidak memandu terus ke tempat letak kereta Plaza Masalam dan minta pegawai lain menunggu dan mengiring kamu ke pejabat?

Hairul: Saya tidak terfikir untuk berbuat demikian.

Foong: Saya mesti katakan bahawa cara awak berfikir adalah agak luar biasa. Tidak logik.

Hairul terus mengulangi bahawa beliau tidak dapat mengingati semula perbualan antaranya dengan Anuar kerana beliau 'panik'.

Foong kemudian bertanya adakah dia panik kerana takut akan membuat kesilapan.

Hairul: Saya tidak tahu apa silap saya. Saya panik (itu sebabnya) saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan.

Foong: Mungkin awak tolak dia keluar (dari tingkap tingkat 14).

Hairul: Oh, itu saya tidak buat.

Sebelum itu, Suruhanjaya Diraja dimaklumkan oleh Majlis Peguam bahawa pakar psikiatri forensik Benjamin Chan telah memohon supaya tidak diminta menemu-bual keluarga Teoh.

Menurut peguam Christopher Leong, Chan tidak menyatakan alasan untuk menarik diri daripada tugas itu.

"Kami dukacita dengan berita ini dan boleh dikatakan juga kecewa,” kata Foong. Beliau kemudian mencadangkan seorang pakar luar negara dibawa sebagi ganti untuk menemubual keluarga Teoh.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009