AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 16, 2011

PAS Cadang Wujud Akta Anti Perkauman


KUALA LUMPUR 16 MAC : Kewujudan Akta Anti Perkauman dipercayai dapat membendung agenda 'perkauman sempit' yang dimainkan pihak tertentu bagi menjamin kesejahteraan kaum di negara ini.

Hal ini dibangkitkan oleh ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof yang bimbang dengan 'permainan' pihak tertentu berkenaan isu ini hanya untuk mengekalkan kuasa tanpa mengira sensitiviti dan kesannya terhadap pihak lain.

"Kita harus mengorak langkah untuk perkenal Akta Anti Perkauman kerana akta ini akan membantu supaya pihak-pihak yang mempunyai agenda perkauman sempit dapat dikawal," kata Mujahid ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah sewaktu pembukaan sesi parlimen 14 Mac lalu bahawa setiap rakyat Malaysia haruslah mengikis sikap curiga-mencurigai antara satu sama lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahupun sesama masyarakat selain membanteras sentimen perkauman yang sempit msebelum ia membarah dalam masyarakat.

Mujahid melahirkan rasa hairan kerana hubungan antara kaum di Malaysia sepatutnya berada di tahap terbaik apatah lagi sudah lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan.

Beliau menganggap usaha-usaha untuk cuba menanam kebencian terhadap kaum lain sewajarnya tidak dilakukan oleh mana-mana pihak.

"Apa yang menyedihkan kita, selepas 50 tahun merdeka, masih ada lagi pihak-pihak tertentu menggariskan politik perkauman sempit malah menjadikan politik perkauman sebagai pertaruhan demi untuk mereka berada di persada kuasa," katanya merujuk kepada retorik semangat pro bangsa yang dipegang oleh Barisan Nsional.

Menurut beliau lagi, penggunaan elemen perkauman bagi menakrifkan semangat patriotik juga patut dielak kerana semangat cintakan negara adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Sehingga patriotik itu dianggap milik eksklusif pihak tertentu dan mereka yang berbeza pandangan (dengan mereka) dianggap tidak patriotik dan tidak cintakan negara," ujar beliau.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009