Arkib Blog

Monday, March 28, 2011

Pakatan anjur solat hajat anti-fitnah

Genap seminggu munculnya video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat malam ini menganjurkan majlis solat hajat terhadap apa yang dikatakan "fitnah" terhadap ketua pembangkang itu.

Ia akan disusuli ceramah oleh pemimpin utama gabungan itu, termasuklah oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Anwar sendiri.

NONE
Selain itu, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul - dipercayai wakil rakyat tunggal pembangkang yang menonton video kontroversi itu - dijadual turut berucap.

Menurut kenyataan daripada lajnah penerangan PAS, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan menyampaikan kuliah Magrib di situ malam ini.

Isnin lalu, politik negara gempar apabila pihak media didedahkan dengan video seks yang pelakonnya mirip Anwar oleh sekumpulan tiga orang yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

azlan
Selepas Anwar menafikan dan membuat laporan polis, dua daripada mereka - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - tampil mendesak supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan video itu.

Debat berhubung sama ada'pelakon' dalam video itu benar-benar Anwar berpanjangan apabila Johari dan seorang lagi bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin - yang turut mengaku menontonnya menafikan penglibatan Anwar.

Dalam perkembangan terkini, PKR semalam menyenaraikan semula status kemaskini laman sosial Anwar bagi membuktikan rekod alibi bahawa beliau berada di rumah ketika kejadian pada malam 21 Mac itu.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009