AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 1, 2011

Projek MRT : Ambil Iktibar Projek Bakun, Sime Darby


SHAH ALAM 1 MAC : Kerajaan Malaysia dicadang supaya tidak meningkatkan hutang negara dan hutang awam melalui projek mega yang menelan belanja besar yang tidak dapat dipastikan sumber kewangannya.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kos projek Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang yang dikatakan menelan belanja RM36 bilion mungkin meningkat sehingga 10 atau 20 peratus lagi.

Dikhuatiri ujarnya, kerajaan akan menggunakan sistem bon yang akan menyebabkan defisit negara semakin melebar.
"Bayangkan kalau berlaku seperti mana Bakun projek-projek seperti Sime Darby, contohnya seperti di Dubai, akan berlaku peningkatan kos dan peningkatan kos ini dengan mudahnya akan melonjakkan 10 peratus atau 20 peratus atau mungkin lebih daripada itu. Apa yang jelasnya akan lebih daripada RM36 bilion," kata Dr Dzul kepada Tv Selangor.

"Tetapi kerajaan daripada sudut hutang akan tetap dibayar oleh kerajaan sendiri, maka dengam kata lain, kerajaan akan berhutang,beban kerajaan pusat dan hutang awam akan meningkat lebih daripada 52.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu atau pun sekaligus melebarkan defisit belanjawan,"tambah Dr Dzul.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, peningkatan kos juga mungkin berlaku jika kerajaan menggunakan bank untuk menampung dana pembinaan projek MRT itu.

Penganalisis menjangkakan Bank Negara akan menaikkan kadar faedah untuk menangani kadar inflasi, dan ini akan menyebabkan kos dana meningkat, selari dengan kenaikan kadar faedah.
Sebelum ini,Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (Awer) S. Piarapakaran juga berkata, projek MRT dibangunkan menggunakan data pengangkutan lapuk dan boleh menyebabkan peningkatan kos tambahan RM403.5 juta.

Menurut beliau, beban tambahan ke atas pengguna adalah ekoran ketiadaan sistem pengangkutan yang baik untuk mengangkut pengguna dari rumah ke stesen stesen MRT.

Sementara itu, tambah Dr Dzul, kos RM36 bilion yang dinyatakan kerajaan hanya mengambilkira kos landasan, sedangkan kos pengambilalihan tanah dan beberapa kos sampingan lain tidak diambil kira.

" Itu (juga) tidak termasuk ketirisan, kebocoran. Biasalah dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional ini. Ketirisan dan kebocoran ini," tambahnya lagi.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009