Arkib Blog

Sunday, March 6, 2011

Merlimau: 78.98 Peratus atau 8,435 Mengundi

Laporan Langsung di Merlimau


BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.
Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.



5.30pm: Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi.
Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.

5pm: Proses pengundian di tujuh pusat mengundi di Merlimau dtamat. Kesemua peti undi sedang dibawa ke Dewan Platinum, Politeknik Merlimau untuk dijumlahkan.

4.40pm: 76.87 peratus atau 8,181 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 4 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

3.39pm: Hujan lebat turun di bahagian utara DUN Merlimau, bermula dari Kampung Lipat Kajang.
Ditanya sama ada ia akan menjejaskan sasaran PAS untuk mendapatkan 78 peratus pemilih keluar mengundi hari ini, pengarah bilik gerakan parti itu di Merlimau, Jasme Tompang berkata pihaknya masih berharap.
"Pengundi masih keluar mengundi di Tenang, walaupun berlaku banjir," katanya.
PAS, katanya, percaya mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti tipis sekitar 61 undi, sekiranya cukup pemilih yang keluar mengundi hari ini, terutama pengundi atas pagar dan mereka yang pertama kali mengundi, yang terdiri daripada 15 peratus jumlah pengundi di Merlimau.

3.30pm: Di SRJK(C) Merlimau, selepas tersebarnya dakwaan berlakunya pembelian undi, kira-kira 200 meter dari sekolah tersebut, sentimen penyokong menjadi panas, dan berlaku insiden jerit-menjerit.
Seorang penyokong DAP, Tuw Ah Mei, menunjukkan wang kertas RM10 pada penyokong BN, manakala yang lainnya menyanyikan lagi Tahun Baru Cina "Gong Xi Gong Xi", sebagai membayangkan bahawa penyokong BN telah mendapat habuan yang baik, dalam pilihan raya kecil kali ini.


3.30pm: 72.6 peratus atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 3 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.40pm: 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.31pm: Langit mulai mendung, kemungkinan hari akan hujan.

2.40pm: 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

1.30pm: 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

1.05pm: Di pusat mengundi Permatang Serai, penyokong PAS kelihatan marah terhadap polis dan SPR kerana membenarkan penyokong BN melepasi halangan, untuk mengiringi pengundi ke kaunter SPR.
Penyokong wanita dari kedua belah pihak menjerit antara satu sama lain.
Seorang penyokong wanita BN dilihat sengaja memprovokasi penyokong PAS dengan berjalan menghampiri mereka seperti gaya seorang model. Penyokong PAS bagaimanapun, tidak memperdulinya.

1pm: Masa makan tengahari. Penyokong kedua belah pihak sedang menjamu selera di bawah pokok. Begitu juga dengan anggota polis anti-rusuhan.


12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

11.40am: 43 peratus atau 4,571 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

11.39am: Suasana di Ayer Merbau kembali tenang apabila kumpulan Pemuda PKR beredar menuju ke pusat mengundi yang lain.
Tetapi sekumpulan Pemuda BN kedengaran mengusik janggut penyokong PAS.
"Janggut sunah Nabi! Ni la bodoh, bangang," jawab seorang daripada mereka.

11.10am: Di SK Merlimau, keadaan jadi panas apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba untuk melawat pusat mengundi dan kedai-kedai berhampiran Merlimau Utara.
Penyokong Pakatan melaungkan "rasuah, rasuah".

10.55am: Calon PAS Yuhaizad Abdullah melawsat pusat mengundi SK Merlimau 2 - tempat mengundi bagi pengundi dari Merlimau Utara, di mana 42.3 peratus adalah Melayu, 17.1 peratus Cina dan 40.1 peratus India.
Calon BN menang di Merlimau Utara dalam pilihan raya lalu dengan mendapat 234 undi manakala PAS memperolehi 174 undi.

10.52am: Merlimau: Kira-kira 20 penyokong BN berarak menuju ke pusat mengundi Ayer Merbau, mencetuskan insiden jerit-menjerit dengan pesaing mereka dari Pakatan.
Pemuda PKR melaungkan "Sapu Malaysia" dan "1Islam!" setiap kali Pemuda BN melaungkan "1Malaysia!"
Ayer Merbau mempunyai jumlah teramai pengundi Cina di antara tujuh daerah pengundi, dan tempat terletakkan bilik operasi PKR bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

10:39am: Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita.
"Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia.

10.35am: Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi.

10:05am: Konvoi motosikal BN berlegar di sekitar pekan Merlimau. Mereka memakai baju biru BN dan mengebarkan bendera BN.

9:56am: Perniagaan laris di gerai keropok lekor di seberang jalan pusat pengundian. Pemilik, Mohd Zaid - penduduk tempatan Chinchin - berkata dia membuka gerai sejak jam 7 pagi. Dia dan isterinya mengundi sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi

9.42am: Yang paling vokal di Chinchin adalah NGO Skuad Teraju Elit Pemuda Selangor (Steps), yang sebelum ini dilihat menyertai demonstrasi anti-kerajaan negeri di Selangor.

9.35am: Penyokong PAS mengadu bahawa polis tidak bersikap adil kerana melarang penyokong PAS daripada melintasi garisan yang dipasang di pusat mengundi, sedangkan penyokong BN dibenarkan berbuat demikian.
Anggota Unit Amal PAS, Md Razi Jamaludin, 38, tidak puas hati terhadap perkara tersebut. Dia juga menafikan semangat anggota parti itu rendah kerana parti itu dijangka tewas di Merlimau.
Sebaliknya, katanya, semangat mereka adalah tinggi serta optimis untuk menang, tetapi mereka terpaksa berpecah antara dua pilihan raya kecil - Merlimau dan Kerdau, dan sebahagianya dihantar untuk mengiringi calon parti itu Yuhaizad.

9.25am: Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sehingga jam 9 pagi, 15 peratus atau 1,500 orang sudah mengundi.

9.16am: Penyokong PAS pula membalas dengan melaungkan ke arah Puteri Umno, "mengandung, mengandung". Mereka kemudiannya diarah oleh pemimpin mereka supaya berhenti berbuat demikian.

9.05am: Calon BN, Roslan Ahmad serta isterinya beredar dari tempat mengundi dan tempat kira-kira 350 penyokong BN di situ. Beberapa penyokong BN sudahpun kedengaran mengucap tahniah atas "kemenangannya".
Puteri Umno dan Wanita Umno mengebar bendera parti dan menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita".

9.01am: Calon PAS, Yuhaizad mengetuai bacaan doa di markas PAS bersama kira-kira 100 penyokong.
Kira-kira 76 peratus pengundi di stesen mengundi Chinchin adalah Melayu. Ini merupaka kampung halaman Yuhaizad. PAS mendapat satu perempat daripada undi di situ pada 2008.

8.40am: Roslan beratur di salah satu saluran mengundi tetapi kemudiannya mendapati dia masuk bilik yang salah untuk hendak mengundi.
Ini mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan jurugambar kerana mereka terpaksa bergegas ke bilik lain.
Secara kebetulan, isteri Roslan juga melakukan kesilapan yang sama dengan masuk ke bilik yang salah ketika hendak mengundi.

8.10am: Di daerah pengundian Merlimau Pasir, dua wartawan TV dari Aljazeera diarah keluar oleh anggota polis dari kawasan sekolah ketika mereka mahu mewawancara pengundi.
Polis melarang wartawan stesen TV untuk berbuat demikian dalam kawasan sekolah.
Pengundi mula tiba di SK Merlimau untuk mengundi. Daerah mengundi tersebut mempunyai 2,180 pengundi. BN menang dengan majoriti 393 undi - dengan memperolehi sejumlah 985 undi dalam pilihanraya umum lalu.
Calon BN, Roslan Ahmad akan mengundi di sini.

8.00am: Merlimau - Pusat pengundian dibuka secara rasmi bagi kawasan pilihan raya ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya meramalkan jumlah keluar mengundi mencapai kadar 80 peratus, namun pengundi dinasihatkan supaya keluar awal kerana ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009