Arkib Blog

Wednesday, March 2, 2011

Ahli Umno sertai PAS selepas Najib datang


TEMERLOH: 2 Mac: Tanah rancangan Felda yang disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai kubu kuat mereka di Kerdau akhirnya berjaya ditembusi oleh PAS setelah kempen pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau memasuki hari ketiga.

Semalam, seramai 12 ahli Umno dari Felda Jengka 25 bertindak keluar parti untuk menyertai PAS.

Lebih menarik, tindakan ahli-ahli Umno termasuk bekas Ketua Cawangan Umno Felda Jengka 25 itu menyertai PAS dibuat selepas dua hari Perdana Menteri mengadakan lawatan ke situ dengan mengumumkan projek pembangunan berjumlah jutaan ringgit.

Ahli-ahli Umno itu dikatakan kecewa dengan Najib ketika berkunjung ke Jengka yang disifatkan tidak serius mahu membantu masyarakat peneroka.

Satu majlis penyerahan borang keahlian PAS telah diadakan sempena kemasukan tersebut di rumah bekas Ketua Cawangan Umno itu sendiri, Muzammil Alif yang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muzammil merupakan pengasas Umno di Jengka 25 dan menjawat jawatan ketua cawangan di situ selama 15 tahun. Beliau juga merupakan pembantu kepada bekas Adun Sanggang, Allahyarham Datuk Abdullah Kia.

Perkembangan tersebut dianggap satu kejayaan besar pada PAS ekoran Jengka 25 sebelum ini merupakan rancangan Felda paling sukar ditembusi oleh PAS dalam DUN)Kerdau berbanding Felda Jengka 22 dan jengka 23 yang turut terletak dalam Dun tersebut.

"Ini satu tamparan hebat kepada Umno dan Najib yang baru sahaja datang ke Jengka 25, Kami harap penyertaan mereka akan mengukuhkan lagi perjuangan PAS di situ," kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media pagi tadi.

Di Kerdau, peti undi Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 menjadi tumpuan kepada PAS dan Umno yang bertanding dalam PRK di situ berikutan ketiga-tiga peti undi itu mewakili sebahagian besar dari seluruh pengundi di Kerdau yang berjumlah 8,451 orang.

Sepanjang PRK ini, Umno dikatakan mengawal dengan ketat para pengundi di ketiga-tiga tanah rancangan Felda itu daripada ditemui para perayu undi PAS termasuk meletakkan seorang pengurus Felda di setiap blok rumah peneroka untuk memantau perkembangan setiap masa.


Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009